Wednesday, 12 July 2017

PENGAMPU DAN LURUS BENDUL

Berada disektor swasta, itu lumrah untuk merebut jawatan dan gaji. Tetapi jika anda didalam sektor kerajaan, lupakan sahaja. Ia bukan sahaja tidak menguntungkan dunia dan akhirat (pahala dan pangkat), bahkan rakan sejawat akan mula berwajah dua dengan anda. Yang untung siapa? Bos anda yang makan gaji sama seperti anda. Bukan dia membayar gaji anda!

Saya adalah bekas pegawai perkhidmatan pendidikan kakitangan kerajaan sebelum berhenti menjadi usahawan sepenuh masa. Saya tidak pandai mengampu. Cuma sedikit lurus bendul. Akibatnya diambil kesempatan oleh rakan sejawat. Mulanya cuba bersabar, tetapi kemuncaknya apabila saya tersedar setelah dinasihati  rakan lama tentang padahnya menunjuk pandai dalam sektor ini. Ia hanya menguntungkan bos dan rakan sejawat.

" Dude, just do your job. Fu**ing sycophant ignore them, and don't be naive, never!". Sambil jegil matanya.

Buatlah terbaik sebagai ejen perkhidmatan awam terlatih pesannya. Yang lain cukuplah ala kadar, asalkan bekerjasama dan saling memahami. Ampu-mengampu bakal menghilang pahala ibadah kerja dan dibenci rakan. Lurus bendul pula bakal dibuli. Akhirnya, yang untung bos kamu, pegawai-pegawai atasannya memberi kredit dan pangkat, pujian. Kamu? kenaikan gaji yang sama setiap tahun!

Competitive Culture

Bos sektor kerajaan ini amatlah suka memasuki pertandingan. Bernafsu mengejar nama, pangkat sebelum pencen. Lalu dikerahnya orang bawahan supaya membuat kerja diluar pengkhususan. Dimasa itulah, akan terbit dua manusia yang menakutkan rakan sejawat. Dua insan ini kebetulan ketua dalam organisasi, Maka episod gerak kerja bermulalah dengan mewajibkan rakan sejawat  secara paksa wajib, Lalu untuk sedapkan situasi, digunakannya agama dengan pelbagai istilah.

Oh ya lupa! Dimasa itu, keluar duit poket sendiri demi untuk kemenangan. Jika tidak dibayar akan dikecam!

Kerja hakiki terabai sebentar kerana sibuk dengan persaingan.

One day, saya bertanya pada kenalan yang berstatus ustaz.

"Ustaz, kerja sambil pengampu apa keburukannya?".

Ustaz balas,
"Niat mengatasi segalanya."

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ

“Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan menyekutukan Aku dengan selainKu, maka Aku tinggalkan dia dengan sekutunya.” (Riwayat Muslim)

Maknanya seseorang yang menyekutukan Allah dalam amalannya, niatnya bukan kerana Allah semata-mata, tetapi dia menyekutukan Allah iaitu ada bersama niatnya untuk selain daripada Allah, maka hasilnya, Allah meninggalkannya dengan sekutunya (amalan tertolak).

Berkhidmat secara profesionalisme (kemahiran diri terlatih), pengampu dan lurus bendul.

Anda berada diposisi mana sekarang?


Saturday, 29 April 2017

Kisah sahabat ASWJ & Wahabi

Alkisah cerita kitab lama.
Dua orang sahabat alkonon ASWJ tetapi puting rokok setengah jam sekali dibibir. Singgah dikedai menghadap masjid kerana menunggu untuk berjumpa rakan qarib mereka yang kononnya dituduh Wahabi oleh ahli jemaah lain kerana jarang-jarang berdoa bersama imam selepas usai solat.

"Hah! Keluar pun wahabi kita". Sambil tersenyum canda.

"Assalamualaikum ya ahlul sunnah wal jamaah. Kamu berdua tidak berjemaahkah? Mencari-cari juga aku kamu berdua tadi di masjid" balas paku buah keras.

" Wa 'alaikumussalam. Kami Musafir. Rukhsah itu memudahkan" sambil menyedut se pam.

" Oh betullah." Shiekh W mengiyakan sahaja.

"Ramai jemaah dimasjid. Kuliahnya tak kedengaran. Baguskan penduduk sini ya sheikh".

"Ya ada keajaiban katanya seorang jemaah tadi pada aku".

"Keajaiban apa pula ni?"

"kata pakcik tu, jemaah ramai datang ingin makan hasil tanaman siang tadi" jawab sheikh W serius.

"Bussh!"

Tersedak air seorang rakan ahlul ASWJ secara tiba-tiba.

Kemudian mereka saling ketawa besar.

"Hah hah hah hah!"
______________________
Faham ke idok cerita kitab lama (berhabuk) di atas?

Wednesday, 12 April 2017

Kenapa solatku tidak mencegah perbuatan keji dan mungkar?

Dulunya, ketika bergelar siswazah. Selalu mendapat tazkirah secara langsung atau tidak dalil  solat itu mencegah kita melakukan perbuatan dilarang Allah.

Dan hati kecil ini cuba mencari solusi tentang bagaimana solat itu dapat mencegahnya? Kerana aku dan rakan taulan  sering memungkiri janji larangan Allah secara sembunyi-sembunyi walaupun solat tidak pernah tinggal.

USIA MEMATANGKAN KEFAHAMAN

Banyak membaca, berfikir dan mencari ketepatan untuk tetapkan iman dihati ini.  Alhamdulillah Allah atur dan bimbing. Walaupun kadangnya tersembam juga maruah kerana menurut nafsu. Kemudian menyesal, memarahi diri dan bertaubat kepada Allah. Itulah aku.

Setiap hari melakukan solat taubat. Bukan menunjuk diri soleh. Bukan main-main dengan taubat. Tetapi, ada sahaja dosa yang dibuat dalam 24 jam. Malu sungguh dengan Allah. Aib disimpan rapi.

Kini aku sudah memahami solat mencegah fah-sha' dan mungkar.

Kuncinya bahasa.

Ya! Bahasa arab.

Solat itu bermaksud doa. Atau dalam maksud lain. Kita melaksanakannya adalah meminta segala-segalanya kepada Allah. Dari awal takbiratul ihram hingga memberi salam.

Ke semuanya doa! Tanpa memahami keseluruhannya. Solat kita pasti jelek. Jelek dimata orang dan paling teruk jelek disisi Allah.

Nikmatilah solat kita wahai teman pembaca.

Hayati maksudnya. Sebutlah dengan betul dan tidak tergesa-gesa. Mintalah apa sahaja kepadaNya dengan bersungguh-sungguh.

Dalam sebuah Hadith Qudsi yang panjang. sudah Allah nyatakan yang Dia  menjawab setiap ayat surah Al-Fatihah yang wajib dibaca kita 17 kali sehari semalam.

Sebagaimana Allah menjawab setiap ayat itu. Aku juga meminta sesuatu didalam hati setiap ayat yang dibaca.

"Maaliki yau mid-diin "( Raja pada hari pembalasan)

"Lindungilah aku pada hari yang penuh sulit itu ya Allah". Hati kecilku bersuara meminta dengan penuh pengharapan.

Setiap ayat. Ada sahaja yang aku minta. Lazimnya permintaan yang sama. Kecuali ayat 4 bergantung kepada situasiku saat itu.

Bukan sahaja dapat menikmati. Malah ia mampu mengawal diri dari kepala asyik berfikir perkara lain dan mulut sekadar membaca.

Aku bergelut dengan angan-angan syaitan dengan memberi tumpuan pada setiap kalimah yang dibaca dari awal hingga memberi salam.

Itu pun kekusyukan itu tidak mampu sepenuh. Moga Allah terus membimbing agar solat semakin hari semakin sempurna.

Dan yang pasti solat itu akan mencegah kita dari terjeremus ke lembah hina.

Itu janji Allah. Asalkan kita berusaha berdialog dengan Dia penuh jujur.

Dengarilah doa kami ini ya Allah.
Aamin.



Monday, 26 December 2016

Krismas & Syiah

Mereka  merancang dan Allah juga merancang. Dan Dialah sebaik-baik perancang, (Quran).

Golongan munafik berdendam kepada sahabat nabi selepas kewafatan baginda. Lalu mereka-cipta hadith palsu untuk menolak fahaman sebenar dek kerana marah tidak mengangkat Ali r.a sebagai khalifah.

Para sahabat dan zaman pengikut (tabi' tabi'in) pula mula menjelajah dunia menyambung kerja  Rasullullah. Akhirnya Islam ada dimana-mana.

Mereka (syiah),  tidak merancang begini sulit. Oleh sebab itulah kesesatan syiah hanya berpusat di Iran, Iraq dan negara berdekatan. Jangan bimbang tuan-tuan dan puan-puan. Mereka sudah terlambat untuk mencetus paradigma. Cuma perlu berhati-hati. Memang akan ada insan terpedaya dengan helah mereka. Kerana rendahnya ilmu dan tawaran seks sahaja membuatkan orang boleh terpengaruh.

Begitu juga Krismas. Ia tidak lebih kepada budaya sambutan adat barat negara bersalji. Mereka terlupa kepada negara tidak bersalji untuk berdakwah. Mereka juga tidak beramal dengan bible. Oleh sebab itulah barat sebahagian besar rakyatnya sudah tidak beragama. Dan sambutan Krismas di sambut oleh mereka atas dasar budaya bersalji santa klaus mitos. Tetapi penganut kristian yang berada di Malaysia, indonesia, singapura dan beberapa negara lagi. Adakah seronok menyambut Krismas? Sepatutnya mereka berusaha setiap tahun menyambut krismas dinegara bersalji! Itu baru keseronokkan!

Kasihan sekali!

Wednesday, 14 December 2016

Aku Pendosa

Sudah lama blog ini aku register. Tetapi aku rasa malu dan takut untuk berkongsi pandangan atau luahan peribadi isu semasa. Kerana rasa diri ini tidak layak untuk berdakwah. Pendosa yang merasa takut Allah murka. Dan akhirnya aku membuat keputusan untuk berkongsi selepas ini tanpa memberi identiti sebenar. Bukan kerana takutkan manusia. Tapi takut Allah tidak menerima selepas inginkan pujian manusia. Aku doakan anda yang membaca ini terhindar dari penyakit mu'min. Iaitu riya', takabbur dan sum'ah. Amin. Doakan aku juga!