Dulunya, ketika bergelar siswazah. Selalu mendapat tazkirah secara langsung atau tidak dalil solat itu mencegah kita melakukan perbuatan dilarang Allah.
Dan hati kecil ini cuba mencari solusi tentang bagaimana solat itu dapat mencegahnya? Kerana aku dan rakan taulan sering memungkiri janji larangan Allah secara sembunyi-sembunyi walaupun solat tidak pernah tinggal.
USIA MEMATANGKAN KEFAHAMAN
Banyak membaca, berfikir dan mencari ketepatan untuk tetapkan iman dihati ini. Alhamdulillah Allah atur dan bimbing. Walaupun kadangnya tersembam juga maruah kerana menurut nafsu. Kemudian menyesal, memarahi diri dan bertaubat kepada Allah. Itulah aku.
Setiap hari melakukan solat taubat. Bukan menunjuk diri soleh. Bukan main-main dengan taubat. Tetapi, ada sahaja dosa yang dibuat dalam 24 jam. Malu sungguh dengan Allah. Aib disimpan rapi.
Kini aku sudah memahami solat mencegah fah-sha' dan mungkar.
Kuncinya bahasa.
Ya! Bahasa arab.
Solat itu bermaksud doa. Atau dalam maksud lain. Kita melaksanakannya adalah meminta segala-segalanya kepada Allah. Dari awal takbiratul ihram hingga memberi salam.
Ke semuanya doa! Tanpa memahami keseluruhannya. Solat kita pasti jelek. Jelek dimata orang dan paling teruk jelek disisi Allah.
Nikmatilah solat kita wahai teman pembaca.
Hayati maksudnya. Sebutlah dengan betul dan tidak tergesa-gesa. Mintalah apa sahaja kepadaNya dengan bersungguh-sungguh.
Dalam sebuah Hadith Qudsi yang panjang. sudah Allah nyatakan yang Dia menjawab setiap ayat surah Al-Fatihah yang wajib dibaca kita 17 kali sehari semalam.
Sebagaimana Allah menjawab setiap ayat itu. Aku juga meminta sesuatu didalam hati setiap ayat yang dibaca.
"Maaliki yau mid-diin "( Raja pada hari pembalasan)
"Lindungilah aku pada hari yang penuh sulit itu ya Allah". Hati kecilku bersuara meminta dengan penuh pengharapan.
Setiap ayat. Ada sahaja yang aku minta. Lazimnya permintaan yang sama. Kecuali ayat 4 bergantung kepada situasiku saat itu.
Bukan sahaja dapat menikmati. Malah ia mampu mengawal diri dari kepala asyik berfikir perkara lain dan mulut sekadar membaca.
Aku bergelut dengan angan-angan syaitan dengan memberi tumpuan pada setiap kalimah yang dibaca dari awal hingga memberi salam.
Itu pun kekusyukan itu tidak mampu sepenuh. Moga Allah terus membimbing agar solat semakin hari semakin sempurna.
Dan yang pasti solat itu akan mencegah kita dari terjeremus ke lembah hina.
Itu janji Allah. Asalkan kita berusaha berdialog dengan Dia penuh jujur.
Dengarilah doa kami ini ya Allah.
Aamin.
No comments:
Post a Comment