Berada disektor swasta, itu lumrah untuk merebut jawatan dan gaji. Tetapi jika anda didalam sektor kerajaan, lupakan sahaja. Ia bukan sahaja tidak menguntungkan dunia dan akhirat (pahala dan pangkat), bahkan rakan sejawat akan mula berwajah dua dengan anda. Yang untung siapa? Bos anda yang makan gaji sama seperti anda. Bukan dia membayar gaji anda!
Saya adalah bekas pegawai perkhidmatan pendidikan kakitangan kerajaan sebelum berhenti menjadi usahawan sepenuh masa. Saya tidak pandai mengampu. Cuma sedikit lurus bendul. Akibatnya diambil kesempatan oleh rakan sejawat. Mulanya cuba bersabar, tetapi kemuncaknya apabila saya tersedar setelah dinasihati rakan lama tentang padahnya menunjuk pandai dalam sektor ini. Ia hanya menguntungkan bos dan rakan sejawat.
" Dude, just do your job. Fu**ing sycophant ignore them, and don't be naive, never!". Sambil jegil matanya.
Buatlah terbaik sebagai ejen perkhidmatan awam terlatih pesannya. Yang lain cukuplah ala kadar, asalkan bekerjasama dan saling memahami. Ampu-mengampu bakal menghilang pahala ibadah kerja dan dibenci rakan. Lurus bendul pula bakal dibuli. Akhirnya, yang untung bos kamu, pegawai-pegawai atasannya memberi kredit dan pangkat, pujian. Kamu? kenaikan gaji yang sama setiap tahun!
Competitive Culture
Bos sektor kerajaan ini amatlah suka memasuki pertandingan. Bernafsu mengejar nama, pangkat sebelum pencen. Lalu dikerahnya orang bawahan supaya membuat kerja diluar pengkhususan. Dimasa itulah, akan terbit dua manusia yang menakutkan rakan sejawat. Dua insan ini kebetulan ketua dalam organisasi, Maka episod gerak kerja bermulalah dengan mewajibkan rakan sejawat secara paksa wajib, Lalu untuk sedapkan situasi, digunakannya agama dengan pelbagai istilah.
Oh ya lupa! Dimasa itu, keluar duit poket sendiri demi untuk kemenangan. Jika tidak dibayar akan dikecam!
Kerja hakiki terabai sebentar kerana sibuk dengan persaingan.
One day, saya bertanya pada kenalan yang berstatus ustaz.
"Ustaz, kerja sambil pengampu apa keburukannya?".
Ustaz balas,
"Niat mengatasi segalanya."
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
“Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan menyekutukan Aku dengan selainKu, maka Aku tinggalkan dia dengan sekutunya.” (Riwayat Muslim)
Maknanya seseorang yang menyekutukan Allah dalam amalannya, niatnya bukan kerana Allah semata-mata, tetapi dia menyekutukan Allah iaitu ada bersama niatnya untuk selain daripada Allah, maka hasilnya, Allah meninggalkannya dengan sekutunya (amalan tertolak).
Berkhidmat secara profesionalisme (kemahiran diri terlatih), pengampu dan lurus bendul.
Anda berada diposisi mana sekarang?
No comments:
Post a Comment